Saturday, April 24, 2010

Kunjungan Pertama - HPA Bandar Puteri Puchong


Alhamdulillah, akhirnya niat dan keinginan untuk ke Al-Wahida (HPA) cawangan bandar Puteri tercapai jua.  Puas jua berpusing-pusing mencari duduk letak premis ini yang agak tersorok...

Banyak juga barang yang di beli hasil kunjungan pertama.  Di atas adalah antara barangan yanh dibeli.  Paling anak-anak suka adalah Ais Krim Hpa...macam biskut "kejap ada kejap takde..."    Sos cili thai HPA juga tidak mengecewakan.  niat asal belikan untuk Hubby tapi nampaknya anak-anak juga sudah jatuh cinta...tak pandang dah sos cili Maggi ....

Si kecil Iwan pula semakin rajin memberus gigi sejak dapat ubat gigi Amal HPA.  "Best le Ibu.....rasa strawberry" katanya, dan yang  paling membuat diri ini tersenyum bila dia tak henti2 mengucapkan "terima kasih ibu..." sebaik sahaja kotak ubat gigi berada di tangannya.....

Alhamdulillah....

Thursday, April 15, 2010

Kenali HPA & Radix

Kopi Radix...Mai Secawan. Pasti anda masih ingat dialog iklan ini di kaca TV. Kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama.

Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal seperti:


Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.


 
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

•Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
•Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
•Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
•Menggunakan 100% herba.
•Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan steroid.
•Melepasi ujian had kandungan logam berat, ujian had Mikrob dan ujian had kecairan.
•Dipantau oleh Panel Syariah HPA

Antara Produk Popular Keluaran HPA

Ayam Organik
Sate Organik
Aiskrim Toyyibah
Kopi Radix
Penapis Air Dew
Set Bersalin
Coklat Radix
Minyak Wangi
Syampu Pegaga
Sabun Susu Kambing
Deodorant Radix
Centella White (set kosmetik)
Minyak Zaitun
Air Mineral
Cola Radix
Sarsi Radix
Koko Radix
Bedak Talkum
Berus Gigi
Ubat Gigi
Biskut Radix
Lotion
Cereal Radix
Kismis Minda
Habbatussauda
Madu Asli
Minyak But-but
Kordial Kurma
Kordial Mangga
Kordial Pegaga
Roselle
Minyak Kelapa Dara
Sos
Kicap
Tepung Goreng RFC dan bermacam-macam lagi


Monday, April 12, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Mencari yang HALAL itu FARDU bagi setiap MUSLIM"

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi, hari ini 12 April 2010 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1431, lahirlah blog ini khas untuk produk HPA.

Saya menyertai HPA sejak tahun 2009 tetapi sebagai ahli senyap (pasif). Tiada sebarang belian atau usaha diambil selepas menyertai HPA ini sehinggalah hari ini, pintu hati ini terbuka dan tergerak untuk memulakan sesuatu yang baru...suatu perubahan....

Rugi rasanya membiarkan sesuatu yang begitu baik tanpa dimanfaatkan. Melihat senarai produk HPA yang ada, memang menepati keperluan seorang Muslim. Tiada lagi perlu ada keraguan disaat kita dihidangkan dengan berita-berita tentang produk yang diragui status halalnya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat melihat ia dari sudut yang positif....selain dari untuk diri sendiri, juga untuk membantu saudara Muslim yang lain mendapatkan barangan yang Halal tanpa sedikitpun rasa was-was.

Semoga niat murni saya ini mendapat keredhaanNya....

Insya'allah....